RATAH MONGGEL AHLI PERNIGA CUBA BONGKAR KISAH PELAJAR IPTA MENJADI PEREMPUAN GEDIK DI CLUM MALAM




BARU-BARU ini saya ke Lembah Klang atas urusan perniagaan dan menetap di sebuah hotel terkemuka di kawasan Subang.
Pada malamnya, selepas jamuan makan bersama rakan-rakan perniagaan, mereka telah mengajak saya ke kelab malam yang juga berada di dalam hotel yang saya diami.
Pada mulanya saya menolak kerana saya jarang berhibur dan tidak minum minuman keras, tetapi diberitahu cuma untuk berehat dan disediakan minuman ringan jadi saya pergi bersama rakan-rakan.
Setelah setengah jam saya duduk, kami didatangi pelayan dan juga saya lihat ramai gadis Melayu yang masih muda bekerja di situ. Kebetulan rakan saya agak ramah dan memanggil gadis untuk berbual. Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa anak gadis tersebut merupakan pelajar IPTA dan bekerja part time sebagai pelayan dan mereka tanpa segan-silu berbual dan berpegang-pegangan.
Saya ambil peluang untuk berbual dengan gadis tersebut dan diberitahu, pada siang hari dia adalah pelajar dan sering ponteng kuliah kerana tidak cukup tidur pada malam hari.
Ditanya kenapa lakukan kerja itu, dengan selamba dia menjawab mahu mencari wang untuk hidup mewah, kerja macam ini senang dapat duit.
Saya tersentak kerana anak gadis saya juga masih menuntut di IPTA di Lembah Klang. Apabila ditanya, bagaimana boleh keluar bekerja pada malam hari, mereka memberitahu bahawa mereka tidak duduk di kolej kediaman tetapi menyewa bersama teman-teman di luar, sekitar kawasan tersebut.
Saya terkejut kerana kurangnya penguatkuasaan daripada Majlis Agama Islam Selangor sehingga anak-anak gadis Melayu boleh bekerja dengan pakaian yang menjolok mata dan melayan lelaki hidung belang hanya kerana diumpan dengan wang ringgit.
Mereka juga tanpa segan silu untuk minum minuman keras apabila diminta untuk minum bersama dengan pelanggan yang datang.
Saya menyeru kepada golongan ibu bapa, selalulah mengawasi pergerakan anak gadis kita supaya tidak terjerumus kepada perkara yang tidak bermoral.

RATAH MONGGEL AHLI PERNIGA CUBA BONGKAR KISAH PELAJAR IPTA MENJADI PEREMPUAN GEDIK DI CLUM MALAM RATAH MONGGEL AHLI PERNIGA CUBA BONGKAR KISAH PELAJAR IPTA MENJADI PEREMPUAN GEDIK DI CLUM MALAM Reviewed by Unknown on 09:48 Rating: 5

1 comment:

  1. Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood - Mapyro
    Hard Rock Hotel 양주 출장안마 & Casino Hollywood 파주 출장마사지 is located in Hollywood, Michigan, USA and is 평택 출장샵 part of The Guitar Hotel & Casino 창원 출장마사지 & 당진 출장샵 Tower in the suburbs. Rating: 5 · ‎2 reviews

    ReplyDelete

Powered by Blogger.